Hi all,
Masa aku kat sekolah dulu, aku adalah seorang pengawas. Aku sengaja apply jawatan tu sebab masa perhimpunan, cikgu disiplin sekolah aku cakap jawatan pengawas tu terbuka kepada semua pelajar sekolah aku. Tak kira masuk masa tingkatan satu ataupun tingkatan empat. Dalam kes aku, masa tu aku masuk sekolah aku masa tingkatan empat. Kalau ikut bahasa sekolah aku "Form Four Baru" (FFB).
Masa tu aku apply sebab aku nak mencuba. Aku rasa bila aku jadi pengawas aku boleh (1) kawal tingkah laku aku (2) cantik la sikit aku punya testimonial (3) ada blazer hijau untuk kenangan (4) berbakti pada sekolah(?)
Tapi above all aku suka kan cabaran...
Unfortunately aku banyak underestimate tugas jadi pengawas ni. Nombor satu, aku FFB. Walaupun aku ada title Pengawas, bila aku FFB aku admit tak kurang yang pandang serong tindakan aku apply jawatan tu. As if aku nak overshadow orang2 lain yang lebih lama kat sekolah tu. Nombor dua, berat woo jadi prefect. Bila duduk asrama, kita jumpa orang2 bukan masa sekolah je, masa nak tidur pun still bersama. So kalau la kata aku ambil tindakan, uiy, masak aku lepas tu. Human beb. Grudges mesti ada simpan...
So dalam banyak situasi, aku serba-salah nak buat apa2. Bila aku tegur, kawan2 kata aku strict. Bila aku pejam mata, as if pengawas tu hanya pada title. The first year aku jadi prefect, gile challenging. Kawan sekelas sendiri benci. So in the end, bila aku naik form 5, style aku ialah, suka hati kau tapi jangan sampai warden tegur. Kalau kena you are on your own sister...
Bila aku mula bekerja, aku dapati aku hadapi situasi yang sama sekali lagi...
Ada masa aku kena lead. Bila jadi lead mesti lah ada perkara2 yang aku mintak team member aku buat. Tapi bila team member aku tak buat apa yang aku nak, aku rasa serba-salah. Nak aku sound, aku ni relatively muda lagi kat opis ni. Nak aku pendam dalam hati, aku yang menanah beb. Kerja tak sudah juga. Itu menjadikan hari2 aku stress kat opis. Sebab aku rasa team member aku tak respect dengan aku. Sama la perasaan dia masa aku kat sekolah dulu...
Tapi bila bekerja ni aku lebih berani. Sebab aku tak ada pilihan; aku kena deliver. Else, aku jugak yang menjawab. Plus, aku percaya bahawa kerja aku adalah satu amanah; kalau aku tak jalankan amanah aku, kiranya aku sudah pecah amanah pada Tuhan, pada yang bayar gaji aku, dan pada orang2 yang telah memberikan harapan pada aku. Bunyinya memang poyo, tapi ingat gaji kita ni petik dari pokok getah ke? Tidak bukan?
Jadi, renung2kan diri anda juga. Kalau anda tergolong dalam puak2 yang malas ni, ingatlah, ada seorang yang macam aku sedang tahan stress sebab kena menjawab atas kemalasan orang lain... dan kalau anda juga macam aku... bawak2 la bersabar (ni cakap utk diri sendiri jugak ni)...
No comments:
Post a Comment