Tuesday, February 22, 2011

Life Support System...

Petang... short break before sambung kerja...

Hari ni aku nak berbicara tentang Life Support. Bukan Life Support Machine macam kat hospital tu. Tapi ini lebih kepada sokongan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar...hanya boleh dirasakan dengan hati.

Dalam menjalani kehidupan harian, kita tidak boleh bersendirian. Kalau nak tahu sama ada kita boleh tahan, cubalah. Lepas 3 hari tidak berinteraksi dengan sesiapa, anda akan rasai kelainannya. Boleh jadi gila bukan?

Dalam kita memilih siapa Life Support (LS) kita, pastinya kita akan mengalami pengalaman2 yang membina. Ada yang manis, ada juga yang pahit. Kenapa pahit? Kerana dalam memilih ada kalanya kita tersilap langkah. Kita sangka kan kita boleh mempercayai seseorang tapi it turns out kita ditikam dari belakang. Dan dari keterlukaan itu kita belajar untuk lebih berhati2 dalam memilih siapa LS yang akan terus bersama kita sehingga ke akhir hayat. Tapi yang pasti kita tidak boleh berhenti dari mencuba, kerana di luar sana pastinya ada seseorang atau sesuatu yang boleh menjadi teman sokongan yang baik..

Namun begitu kita tidak boleh selalu mengharapkan segala2nya dari LS kita dan tidak mahu memberi semula. Sama juga kalau kita menjadi LS pada orang lain; sewajarnya ada give-and-take supaya tidak ada pihak yang terasa seperti dimanipulasikan. Dalam memberikan sokongan, sewajarnya kita terus kekal berfikiran terbuka dan positif supaya rakan yang disokong itu akan merasa dirinya tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran2 yang datang tanpa diundang...

Aku sendiri harus berterima kasih kepada LS aku yang tidak pernah jemu memberikan aku sebab untuk terus bernafas dan melangkah melalui masa hadapan yang tidak menentu. Selama hampir 30 tahun aku menjalani hidup, tidak sedikit ranjau hidup yang telah aku lalui. Tidak ramai yang betul mengenali dan memahami aku sebagai seorang individu. Ramai yang pantas mengeji tapi tidak ramai yang benar2 memahami. Hanya segelintir yang aku gelar LS betul2 berdiri, membangunkan aku di waktu aku betul2 jatuh. Buat insan2 ini aku sendiri ingin mengingatkan bahawa tiada frasa yang cukup tepat untuk aku gambarkan betapa aku berterima kasih kerana menerima aku seadanya sebagai seorang teman...dan terus memberikan aku kekuatan :)

Buat anda yang membaca ruangan ini... I dedicate this song to all of you... :)

D' Masiv : Merindukanmu
===================
saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu

meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

No comments:

Post a Comment