OK, so tajuk blog aku hari ni agak memualkan.
Hari ni aku nak cerita mengenai rupa paras biasa tandas wanita di Malaysia secara UMUM.
Ada beberapa perkara yang aku observe pada tandas wanita ni. Of course aku tak leh nak observe tandas lelaki sebab obviously aku pakai lipstick dan kasut tumit tinggi. Mak Nyah pun tak masuk tandas lelaki kan?
Mengikut pengamatan aku, rata2 kaum Hawa yang menetap di Malaysia ni jakun2 belaka.
Sebab Jakun #1
TISU OH TISU
Kalau pakai tisu tu boleh tak berpada? Ni amik tisu bukan macam nak lap perkara yang wajib di lap - tangan dan bahagian yang dicuci. Tapi macam nak lap mandi satu badan. Bergulung2 kau tarik. Ke kau stok tak pakai air? Mungkin la kot. Still, kalau rasa macam nak meng'conquer' tisu, ape kata kau bawak stok sendiri? Agak2 macam tak puas bawak la tuala sendiri. Tak ada lah next user tu masuk2 tengok tisu dah tinggal gelung. Tak lalu de aku nak buat kesat, melecet nanti.
Sebab Jakun #2
SAMPAH
Aku rasa setiap tandas dibekalkan dengan tong sampah. Tapi kenapa kau kena buang sampah tisu kau kat lantai? Kat rumah kau tong sampah buat pasu bunga ke? Ataupun kau buang sampah tisu kau dalam toilet bowl lepas tu tak reti flush properly bagi terapung2. Agak2 aku nak tengok ke bahan buangan tisu kau tu dalam bowl? Tak kan? Tapi kes sampah ini pun membawa kepada item nombor 3...iaitu...
Sebab Jakun #3
TONG SAMPAH
Yang jadi cleaner tu tak reti2 ke nak kosongkan tong sampah? Kadang2 tu melimpah-limpah. Memang la tong sampah tu gunanya isi sampah tapi kena la kosongkan bila dah penuh. Bukannya dia boleh self-empty pun. Itu pasal la building maintenance bayar kontrak cleaner korang ni... supaya toilet tu menjadi tempat pembuangan yang lebih selesa...
Sebab Jakun #4
FLUSH
Ada antara kaum Hawa ni tak reti nak bersihkan toilet lepas guna. Tau melepas, lepas tu lepas kan punggung. Ingat, kita ni pakai 'water sprinkler' bukan nya 'water hose'. Lantas aim la sebaiknya dan FLUSH lah selepas guna!
Aku rasa sebagai pengguna wanita yang dikenali sebagai kaum lemah lembut ni, tolong la berhemah sikit bila pakai tandas umum. Kepada lelaki2 yang mungkin membaca blog kali ni, aku nak berpesan, bila cari girlfriend, kalau nak buat bini, senang je. Test cara2 dia menggunakan tandas. Sebab kalau dia pembersih orangnya, maka dia akan guna tandas dengan baik. Tapi, kalau lepas keluar tandas, keadaan tandas tu macam kawasan pembuangan sampah Majlis Bandaran, dengan segera, cari lah girlfriend lain.
(Harap maklum, test di atas perlulah di buat di rumah mak ayah anda apabila girlfriend datang melawat. Di larang membuat test ini bila berada di tempat umum. Risiko anda makan kasut adalah sangat sangat tinggi. :))
No comments:
Post a Comment